RANTAI ART 2017 (ACARA)


IM4U SENTRAL, DIS 2017 - Tahun ini merupakan kali kedua aku melawat acara RANTAI.. Kali ini aku pergi ramai sikit dengan geng rumah dan kawan satu course. Rantai ni merupakan kali ke 11. Ianya satu platform terbaik di Malaysia bagi mengumpulkan segala bentuk art yang 'indie' untuk lebih ke hadapan masyarakat. Bagi peminat, acara ini sangat dinantikan setiap tahun sebab rantai memang pack dengan aktiviti. Bayangkan gig, mural dengan talk boleh berjalan dalam satu-satu masa. Ini semua disebabkan seni itu sendiri semakin mekar, dan semakin ramai penggiat yang semakin aktif setiap tahun.





Bagi pengkarya, disinalah mereka mula mendapata peminat, pelanggan yang membeli karya, sahabat-sahabat seminat sejiwa seseni dan raikan ekspressi mereka dalam satu hari. Bagi komuniti, inilah hari yang tiada sempadan untuk kita. Semua bersama dalam satu prosa yang sama: seni. Dari peminat band kugiran, kontemporari, sastera, pertandingan, jualan santai, graffiti, pameran, fotografi, videografi dan persembahan, di sinilah mereka dirojakkan.

"Life itself is the greatest form of Art".

Comments

Popular Posts