Apelah cinta ni?

Arakian lafaz cinta itu korban,
Hatta berkata cinta itu buta,
Adapun singkap cinta itu himpun,
Alkisah ucap cinta itu falsafah,
Maka tafsir cinta itu luka,
Sebermula pula gambar cinta itu manis gula,
Syahadan papar cinta itu harapan.

Kepada siapa perlu diri ini dengarkan.
Siapa sangka makna itu penuh kepelbagaian,
Telinga menerima semua andaian,
Akan tetapi siapa miliki tindakan,
Ia bakal melakar impian,
Jika begini tidaklah ia berkesudahan,
Bukan?

Tiada bercinta itu resah,
Mencinta itu lumrah,
Dicinta itu anugerah,
Mencinta tanpa dicinta itu punah,
Dicinta tanpa mencinta itu tak endah,
Untuk tambah baris jadi tujuh aku tutur AH,
Hahaha... ni lah Apelah.   ???

-APELAHNI.


Catatan: inspirasi daripada teman sastera. Sila rujuk blog yang dia pun nak sibuk jugak masuk dalam blogger. shusqashisqa,blogspot.com 



Comments

  1. uiii....ni blog pasal ape ek? apelah nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila lihat post Ape Apelah ni ni? untuk mendalami apa sebenarnya blog ini. terima kasih..

      Teruskan Membaca!

      Delete

Post a Comment

Popular Posts