Ada Apa dengan Amin Afnan? Apelah dye ni sebenarnya?

TEPAT jam 9.30 pagi, sebuah kereta Mercedes hitam yang berkilau-kilau di bawah pancaran matahari berhenti betul-betul di hadapan Hotel Concorde, Shah Alam. Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki tampan berumur dalam linkungan 20-an, lengkap berpakaian tuksedo dipadankan dengan tali leher berwarna emasnya. Lelaki berketerampilan kemas itu mula menghampiri ke arah meja makan saya.

           BUKK! Tiba-tiba, seorang pemuda bertopi yang muncul entah dari mana terlanggar lelaki korporat tersebut. Walaupun telah dilanggar, lelaki kaya tersebut masih mempamerkan senyumannya kepada pemuda yang terus saja berlalu tanpa rasa serba salah itu. Siapa dia tu? Itulah rakan saya, Amin Afnan bin Amin Nasir. Pap! Amin menghempaskan topinya di atas meja makan. “Harap je kaya, jalan tak pandang depan”, keluh Amin. Eh! Dia yang langgar orang, tak minta maaf pulak tu. Kesian lelaki hartawan tersebut. Untuk pengetahuan semua, macam inilah Amin. Cuai, dan lambat. Tetapi, dia memang kawan terbaik yang aku ada. Kenapa? Sabar... Masih ada dua kolum lagi.Setelah kami memberi pesanan kepada mamak tersebut, Amin   terus sahaja mengeluarkan novel Bini Aku Tomboy Ke? dan membacanya seolah-olah aku tiada di situ. Jiwang betul mamat ni!

             Aku kenal Amin ni dah lama sebenarnya, sejak kami bersama-sama mendaftar di KKTM Rembau. Memandangkan hari ini  Ahad, kami nak hilangkan stress setelah belajar kat pekan Rembau ni jap. Belajar ker? Secara luarannya, Amin ni baru 18 tahun, tinggi dan hensem tahap hampir-hampir dewa jugaklah. dia kalau tak gelak satu hari, memang tak sah. Kah! Kah! Kah! Macam tu lah dia gelak. Benda yang paling minat ialah melukis. Sebab tu dia berminat untuk ambil Diploma Rekabentuk Media Digital di KKTMR ni.Amin sebenarnya pelajar lepasan MRSM Kuala Kubu Bharu dan tengah menunggu keputusan SPM 2013. Ramai juga yang hairan dengan Amin ni. Kenapa dia tak ambil bidang professional lain, macam perubatan atau kejuruteraan. “ Sebab aku minat dan ingin menyambung perniagaan pengiklanan ayah aku”, kata Amin. Hah! Itulah jawapannya. Aku tak tahu sama ada Amin baca ayat dalam novel atau ada kuasa baca minda aku. Tiba-tiba je dia jawab. Aku tak tanya dia pun.

              Kemudian, datang 2 gelas teh tarik dan dua roti tampal yang dihantar mamak tadi ke atas meja. Mamak ni masak lama betul sampai nak masuk perenggan keempat dah. Tanpa membuang masa, Amin  terus melahap kedua-dua roti tampal itu dengan rakusnya. Aku sebenarnya dah makan sewaktu tunggu Amin. Manalah tidaknya, janji nak bersarapan pukul 8. Amin kalau bab makan memang laju. Biar aku dedahkan rahsia Amin. Hehe... Bukan senang nak dapat peluang tulis kat majalah macam ni. Selain manga Jepun, novel  Malaysia dan lagu mana-mana, Amin ni minat drama Korea. Nampak je “confident” kan? Aku ingat lagi kali pertama dia tolong aku lepas kami berkenalan. Dia sanggup jaga aku sampai sembuh daripada demam sampai pukul 4 pagi. Itupun sebab aku bagi upah. Baik kan?

              Sampai sekarang aku masih ingat sebab kejadian itu berlaku pagi tadi.Sedar tak sedar, banyak dah aku cerita pasal Amin. Takpelah, biar dia feymes sikit. Sampai di sini sahajalah, Amin pun dah tinggalkan aku dah ni. Ingat, ia bukan sekadar nama, ia juga sebuah diari perjalanan seorang insan biasa dalam mengejar cita-cita luar biasa. Apelah Amin ni...-TAMAT-                          

Comments

Post a Comment

Popular Posts