Kreativiti bukan lumrah, kreativiti perlu diperah

Apelah ni sangat percaya bahawa kebanyakan pengguna yang akan melawat blog yang tak seberapa ni adalah dari kalangan rakan seperjuangan di KKTM Rembau. Jadi, cubalah baca tips2 ni tau!

         Apelah kreativiti ni ek? Kreativiti adalah faktor utama kejayaan yang tidak ternilai harganya. Adakah kreativiti boleh wujud dengan latihan kerap? Boleh jawapannya! Namun, ia tidak akan terjadi dalam masa singkat. Biasanya kreativiti merupakan bakat yang dimiliki seseorang sejak dilahirkan. Macam mana pula dengan korang? Adakah korang seorang yang kreatif atau sebaliknya?

          Tahap kreativiti seseorang tidak boleh dinilai hanya melihat bakat luarannya sahaja seperti pandai melukis, menyanyi atau mencipta. You all juga boleh tentukan dengan cara pemikiran dan cara menyelesaikan masalah. Contohnya menyelesaikan puzzle, soalan menguji minda dan permainan IQ. Apelah ni sediakan 5 cara untuk korang semua!


Lakukan Sesuatu yang Berbeza
Boring, kan... buat benda yang sama jer setiap hari? Bukan setakat itu sahaja, pengetahuan dan bakat yang korang ada juga sangat terbatas. Lebih baik jika korang mencari sesuatu yang baru dan menarik untuk mengubah kegiatan harian. Contohnya, jika you all pandai menyanyi dan mempunyai suara yang merdu, kenapa tidak belajar bermain instrumen? Bukan sahaja kemahiran akan bertambah, malahan dapat menyerlahkan lagi daya kreativiti korang. Lakukan perkara lain, untuk dapatkan perkara baru!

Sikap Ingin Tahu
Dalam proses nak meningkatkan daya kreativiti, korang harus memiliki sifat ingin tahu yang amat kuat terhadap segala hal. Mengapa dan bagaimana adalah pertanyaan yang bagus untuk korang amalkan. Tidak  menjadi kesalahan jika korang mengutarakan pertanyaan semata-mata ingin tahu dan menambah pengetahuan. Korang bolehlah praktik ilmu yang korang peroleh daripada hasil pertanyaan tersebut. Contohnya macam Sir Isaac Newton; dia menemui hukum graviti kerana sifatnya yang ingin tahu setelah melihat sebiji epal jatuh dari ranting pokok ke tanah. Jika dia tak memiliki sifat ingin tahu, mesti kita takkan tahu apa itu graviti, kan? Watch and learn from the best!

Daya Pengamatan yang Kuat
Kreativiti juga dapat diperoleh dengan mempelajari apa yang dilakukan oleh orang lain. Dari situ korang boleh mendapat inspirasi untuk membuat karya sendiri. Melalui pemerhatian alam sekeliling pun korang dah boleh dapatkan macam-macam idea. Begitulah yang dilakukan oleh kebanyakan pelukis, sasterawan dan pencipta lagu. Pepatah lama pun ada menyebut, ‘alam terkembang jadikan guru’. Tapi awas, mengamati dan meniru adalah satu perkara yang sangat berbeza. You all akan mendapat idea daripada proses pengamatan, tapi you all tak boleh dapat idea daripada peniruan.

Kepada pelajar KKTM Rembau, selamat berjaya mengamalkan tips2 ni. Kepada yang lain, Selamat berkreativiti! Apelah kreativiti ini? Kreativiti adalah bunga kepada dahannya, sayap kepada rama-ramanya dan alam semulajadi kepada dunianya.

-APELAHNI

Comments

Post a Comment

Popular Posts