Apa Apelah ni ni?

Susah jugak nak terangkan ni. Mana dapat idea nama blog ni cenggitu? Sebagai manusia biasa yang terhad keupayaan dan hanya hamba kepada Allah SWT, manusia seringkali terlibat dalam ruang imaginasi sendiri untuk mendapatkan sebuah konklusi. Dalam ruang buatan fikiran sendiri itu, pelbagai persoalan terhadap suatu penyataan yang timbul. 

           Misalnya, sewaktu perut kita lapar, kita mula mencipta ruang imaginasi sendiri di sekeliling kita dalam usaha untuk mendapatkan makanan. Ia seolah-olah beratus-ratus soalan terpampang di hadapan kita. Nak makan apa? Bila aku nak makan? Cukup ke duit aku nak beli makanan? Dalam dunia imaginasi yang sarat dengan soalan itu, kita terlupa akan dunia sebenar untuk seketika. Otak akan berasa terbeban tatkala monolog mulai mengatasi dialog. 

           Bagi sesetengah situasi, segala persolan tersebut dapat dijawab dan kembalilah mereka ke dunia sebenar . Mereka melangkah ke restoran, dan memesan makanan. Namun, terdapat juga mereka yang tidak memperoleh konklusi daripada laut persolan tadi. Maka, golongan ini akan cuba untuk larikan diri daripada dunia rekaan sendiri tadi dan menganggap ianya hanyalah tidak penting. Di situ, manusia sering berkata apelah ni. Apelah ni... baik aku tahan lapar. Apelah ni... kan tadi dah makan? Mereka menggunakan istilah "apelah ni" untuk melarikan diri daripada mencapai konklusi. 

            Jadi, sekembalinya mereka ke dunia nyata, mereka melawan lumrah dengan menahan lapar kerana faktor kewangan dan sebagainya. Dah faham ke blom? Kalau masih tak faham katakanlah, apelah ni. Blog ni dinamakan Apelah ni di atas tujuan sama, mengetengahkan isu2 yang sukar untuk dicari titik noktahnya. Mungkin kerana di luar logik akal, batasan kemampuan manusia, misteri dan banyak lagi. Jadi, bersama-sama lah kita menyelami blog Apelah ni untuk membuat dunia imaginasi sendiri. Sila poskan  komen anda di mana2 artikel supaya kita dapat sebuah konklusi dan menghilangkan, Apelah ni. Apelah ni kan? panjang pulak...  

Comments

Popular Posts