RUMAH KARTUN DAN KOMIK (ACARA)



Taman Botani Perdana, DIS 2017 - Kami sangat teruja untuk melawat ke Rumah Kartun dan Komik Malaysia yang baru sahaja ditubuhkan pada April 2017. Waktu ni semua terdiri daripada pelajar yang baru sahaja masuk mengambil ijazah dalam Animasi. Semangat untuk belajar dan rasa inspirasi yang datang dari sini benar-benar meletakkan rasa rendah diri dan semangat dalam jiwa masing-masing.




Di sini telah digelarkan oleh orang ramai sebagai Rumah Buat Kartunis. Bayangkan sahaja rumah ini mengumpulkan semua naskhah komik dari Malaysia sejak tahun 1930an lagi. Aturan itu disusun kemas mengikut peredaran masa sehingga zaman Datuk Lat, majalah pertama keluaran Gila-Gila, Ujang dan banyak lagi. Tidak melupakan generasi baru, majalah Gempak Starz, Bakazon dan lain-lain turut dipamerkan malah ada dijual.





Selain komik, biograpfi kartunis, senarai nama lejen kartunis, ratusan karya dari ratusan artis serta sejarah komik itu sendiri sangat memukau. Ianya mengambil masa yang begitu lama untuk membaca sejarah demi sejarah. Tambah lagi dengan kedudukan strategik rumah ini berada di bandaraya dengan dikelilingi kehijauan di sekitarnya menjadikan ketenangan untuk membaca komik.





Kepada siapa yang berminat dengan komik Malaysia dari dulu, sangat digalakkan untuk melawat ke sini. Boleh search abang gugel untuk maklumat lanjut seperti acara dan sebagainya. Hanya rm 5-10 sahaja untuk ilmu, komik, seni dan sejarah di bawah bumbung yang sama. "KOMIK MENJADI IDENTITI BUDAYA NEGARA".

Comments

Popular Posts