GADIS ATHEIS NAIK BAS (CERPEN)

GADIS ATHEIS NAIK BAS 

              Video Panas: Seorang lelaki digeledah pakaiannya kerana memakai jubah labuh. Tanpa perlu berfikir, jari telunjuk ku terus skroll laman facebook itu ke bawah. Video tadi aku anggap aku tak pernah baca. "Luar negara, bukan Malaysia", pujuk hatiku. Tiba-tiba, orang yang sudah lama aku tunggu pun muncul. "Sori lambat, aku solat Asar tadi.", Sarah namanya, nasib baru pukul 5. "Kau dah solat ke, Ju?", Sarah menyambung. "Lampu merah lah hari ni.", jawabku berkias. Aku tahu Sarah tahu aku tipu, tapi dia senyap je. Bagi aku, solat ni bersifat individu. Agama juga begitu. Ikut kau lah nak buat atau tak. Aku Islam dalam Mykad, tapi tak solat apatah lagi nak ambil tahu tentang Islam zaman sekarang. Atheiskah aku?

              "Lambat pulak bas hari ni", bentak benakku. Seolah-olah mampu membaca riak mukaku, Sarah tutur, "Silap-silap driver bas tu pun pegi solat agaknya", husnuzon. Ini antara sebab utama mengapa aku malas nak jadi alim sangat. Kalau alim karang banyak perkara tak jadi. Nak kene gi surau lah, bagi duit kat tabung, yang paling tak best, pakai tutup-tutup satu badan. Rimas. Kan bagus kalau kita bebas membuat pilihan. Betul tak?

              Habis satu facebook aku merayau. Disebabkan bosan, aku rasa macam nak update status. "Kita mesti berfikiran terbuka. YOLO!!!", dan... hantar! YOLO tu maksudnya you only live oncelah... Aku tahu dalam Islam, kita hidup dua kali, mati sekali. Tetapi bagi aku, kita patut buat apa yang kita nak. Lagipun aku buat perkara baik kot selalu. Selalu tolong orang semua, tak buat jenayah. Takkan masuk neraka kot. Akhirnya, aku cepat-cepat memasukkan telefon pintarku ke dalam poket jeans kerana bas yang kami tunggu baru tiba. Pootttt!!!!

               Aku masuk dalam bas dengan Sarah. Sarah dapat tempat duduk di bahagian hadapan bas, sebelah seorang makcik amoi. Aku berjalan ke bahagian belakang bas. Malang sebab semua 3 kerusi kosong adalah sebelah lelaki, dengan pakaian ketat aku, macam mana aku nak duduk sebelah mereka? Akhirnya aku nekad duduk sebelah seorang lelaki yang sedang khusyuk membaca buku daripada duduk sebelah lagi dua orang lelaki walaupun mereka tidur. Selepas aku duduk, lelaki tadi mengubah pandangan daripada buku kecilnya kearah menghadap tingkap, membelakangi aku.

               Aku berasa suatu perasaan selamat. Aku keliru dan gembira bercampur aduk. Mungkin ini aura daripada seseorang yang memakai jubah putih suci serta siap berkopiah. Berasa sebak, aku menahan air mata walaupun gagal setitis dua. Aku tundukkan pandangan, lalu mencapai telefon kembali. Are you sure you want to delete this post?, tanya facebook. Enter.

-APELAHNI.

Comments

Popular Posts