KTM

Apelah KTM ni?

Ketika Tujuan Melambai,
Ku Terus Menapak,
Ke Tren Mewah,
Kornea Terpapar Manusia,
Kejap Terpandang Momen,
Kerani Tekun Membaca,
Kerja Terbejat Melonglai,
Kuasa Telefon Menjajah,
Kaki Terkadang Menari,
Kerna Tumpuan Menyeludup,
Kandungan Tatkala Menyepi,
Kluang Tutur Misteri,
Kacau Tenang Meresapi,
Ku Terpaksa Melangkah,
Keluar Temu Malaysia,
Ku Toleh Meredup,
Kepada Tempat Magis,
Kotak Tanpa Melodi,
Keretapi Tanah Melayu.

-APELAHNI.



Catatan: Ramai yang pernah naik ktm kan? kengkadang kita tak perasan yang gerabak putih suci itu bergerak seiring dengan pemikiran kita. Kita terus hanyut dalam pelbagai perkara. Apa kata anda?

Comments

Popular Posts