Apelah kaitan perhubungan dan pintu?

PERHUBUNGAN dan PINTU

Aik!
boleh sama ker?
P kat depan tidak menentukan keserupaan dalam makna dan konteks,
di sini analogi bukan bagi mencipta antologi,
hanya fantasi yang berpuisi,
cuba kita mengubah cara pemikiran dalam mewujudkan sebuah persekitaran,
bayangkan ruang, lupakan wang dan berperasaan lapang,
senang?

hai!
cukup menggambarkan perasaan aku,
kita sudah berada di dunia baru,
dimana bebas dan realiti menjadi satu,
lari daripada puisi kepada ayat baru,
lakarkan apa saja yang kita mahu,
nescaya bayangan mampu bersatu,
lembu, hantu, pasu, mahupun lampu,
mampu berubah kepada ini dan itu.

jap!
bila kata2 mula bekerja,
jari-jemari menjadi mangsa,
usah bimbang kerana dunia masih serupa,
khayalan experimentasi jauh dari dunia nyata,
biar bicara mula berkata,
motif telah diabai untuk seketika,
lihatlah tajuk atas sana,
bayangkan perhubungan sebagai pintu sahaja.

Hah!
hidup ini umpama bilik kosong,
perhubungan adalah pintu,
kenalan umpama bilik setelah membuka pintu,
kesan hubungan adalah barangan dalam bilik kenalan,
dengan matlamat untuk mengisi bilik kita yang kosong,
jikalau bilik sendiri kekosongan kawan sama minat,
ataupun cinta, meskipun harta dan pengaruh,
maka pintu yang dicari ialah isi biliknya hobi awek wang dan kerja keras.

eh!
bukan kat atas sume ada tempo ker?
asal lari sesukatiniiii!!!!
bukankah ku sudah bilang tadi bahawa ini hanya mimpi,
ilusi kelahiran fantasi yang mengintrepetensi hati,
aka bebas untuk apa saja,
sehingga pulang ke realiti,
faham ke tajuk kat atas tu?
kalau tak baca perenggan sebelumnya,

Oh!
mesti sudah memahami sebab dah baca sampai sini,
sini realiti,
cuma harap korang mengerti,
pilihlah pintu dengan berhati-hati,
sebab tak sesal nanti,
penuhkanlah bilik dengan benda yang mesti,
terima kasih daun keladi,
sebab sudi menghayati cerita yang biol ni sampai habih dan takleh tulis panjang sebab dah sampai had 8 baris      dalam dunia realiti dan papai semua dan jaga diri.

-APELAHNI.



2:36am / Julai 9 / apelahni

Comments

Popular Posts