POPCORN
Pro & Con Alam Siber.
Kebaikan alam siber
Sepanjang aku masuk dalam dunia siber macam-macam yang aku dapat, Benda yang aku tahu pun ada. Yang belum tahu pun ada dan benda yang aku tak patut tahu pun ada. Emm... rupanya banyak maklumat yang aku dapat walaupun sedikit. Cukuplah sekadar untuk membantu aku. Sedikit sebanyak dapat jugalah ilmu baru. Takdalah aku ni dikatakan 'seperti katak di bawah tempurung' sampai semua maklumat yang baru aku ketinggalan tapi aku tak jadikan apa maklumat yang aku dapat untuk dipraktikkan dalam hidup aku sebab aku tahu yang tidak semestinya semua maklumat itu betul dan beri kebaikan kepada aku.
Selain itu bila aku malas nak pergi library untuk menelaah buku yg tebal-tebal itu aku bukak je laptop terus bukak internet. Tekan punya tekan jumpalah bahan yang aku nak cari tu. So kiranya dunia siber ini menjadi tempat rujukan aku lah bila aku malas nak gerakkan kaki pergi library yang kadang-kadang tu jauh aku nak pergi sampai sakit kaki. Bukan tu je, Bau yang kurang menyenangkan macam bau stokin buat aku rimas. tak senang nak cari maklumat. Otak jadi tepu bila bau tu menusuk hidung aku yang sempit ini
Dalam pada masa yang sama aku juga dapat berjumpa dgn kawan lama yg berdekad-dekad tak jumpa. Emmmm dunia dah maju, dunia dah canggih. Satu klik semua muncul. Semua orang berlumba-lumba untuk memiliki laman sosial. Walaupun banyak laman sosial yang muncul, tapi aku cuma minat facebook je. Yang lain? Emmmmmmmm tak tahulah. Bukan menarik pun. Bagi aku yang lain itu macam tak best je. Berbalik kepada cerita tadi, kan aku kata aku berjumpa kawan lama...so nak dijadikan cerita macam-macam yang aku kongsikan dengan kawan-kawan aku. Aku juga dapat tahu yang kawan yang pernah duduk sebelah aku dalam kelas dulu dah pun ke jinjang pelamin. Emmm...tak sangka betul aku. Aku masih terkial2 lagi ni. Emmmmmmm tu jelah kot.
Keburukan alam siber
Cerita palsu bikin panas. Cerita palsu dalam dunia siber memang macam nyamuk aedes! Susah nak mati, mudah membiak dan membahayakan. Camane tu ek? Contoh paling mudah ialah apabila seseorang menyampaikan sesuatu fitnah terhadap artis kerana sekeping gambar. Kesannya, pengguna siber yang lain akan menyebarkan berita tersebut lalu tercetuslah gosip yang akhirnya akan mengaibkan artis itu sendiri. Hanya kerana satu cerita palsu.
Kata2 kesat. "ko ni @%^$&# lah!!!" Pernah baca tak benda sebegini dalam dunia siber? Tak paham? Kami pun tak paham. Hahaha... Ini merupakan satu daripada berjuta-juta kata-kata kesat yang suka sangat muncul di alam siber. Kebanyakkan pengguna siber fikir ini perkara biasa. S.A.L.A.H. Salah!!! Penggunaan kata-kata kesat sebenarnya mencerminkan sikap negatif pengguna tersebut malah meruntuhkan emosi dan moral pengguna lain. Lebih teruk lagi apabila tercetusnya pergaduhan dan permusuhan dalam dunia realiti.
Melalaikan. "Anis, tolong mak basuh baju", ujar ibunya. "kejap mak", balas Anis kepada ibunya. Demikianlah tadi sketsa 5 minit yang biasanya terjadi kepada pengguna alam siber yang lalai. Akibatnya, runtuhlah hubungan pengguna tersebut dengan keluarga, masyarakat dan lebih teruk lagi kepada agama. Ingat alam siber untuk membantu, bukan melalaikan.
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain
Apa-apapun semuanya bermula dari diri sendiri. Tak akan jadi sesuatu tu kalau tidak bermula dari diri sendiri. Mungkin ada yang ingin menyalahkan pihak lain sekiranya berlaku perkara tidak baik dalam hal ini, tetapi ada baiknya sebelum menuding kepada orang lain, kita perbaiki mana yang buruk dalam diri kita dahulu. Baru orang lain respect kita kan?...ingatlah bahawa kata-kata dan perbuatan kita adalah kualiti diri kita. Masing-masing sudah dididik baik oleh ibu bapa dan keluarga. Sudah pandai menilai mana yang baik dan yang buruk dan sudah tahu jalan penyelesaiannya. Permasalahannya di sini adalah tindakan!!! Jawapannya disini bermula dengan diri kita untuk menjadi pengguna siber yang bijak dan baik.
-APELAHNI.
Catatan: Arikel ini merupakan usaha semua ahli Mata Kasar sempena program Penulisan Media Kreatif yang telah diadakan di Jempol, Negeri Sembilan. Facebook page: Mata Kasar.
-APELAHNI.
Catatan: Arikel ini merupakan usaha semua ahli Mata Kasar sempena program Penulisan Media Kreatif yang telah diadakan di Jempol, Negeri Sembilan. Facebook page: Mata Kasar.
Comments
Post a Comment